Responsive Banner design

5 Cara Merawat Ekzema Dan Psoriasis, Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi (Updated)

Bimbang masalah penyakit kulit ekzema atau psoriasis anak anda semakin serius?

Artikel ini membincangkan serba sedikit berkenaan masalah ekzema pada bayi serta kaedah dan cara merawat ekzema dan psoriasis yang mampu mengurangi atau mengubati kedua-dua penyakit kulit ini.

Cara Merawat Ekzema Dan Psoriasis: Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Informasi Penyakit Kukit Ekzema Dan Psoriasis

Kedua-dua penyakit kulit kronik ini sukar untuk dibezakan kerana membentuk tanda-tanda yang seakan sama seperti kulit kemerah-merahan, gatal-gatal, kasar serta kering.

Begitu juga ubat-ubatan dan cara rawatan pun hampir sama. Hanya ujian diagnostik daripada doktor pakar kulit sahaja biasanya dapat menentukan samada penyakit kulit tersebut adalah eczema ataupun psoriasis.

GAMBAR: CONTOH PENYAKIT KULIT EKZEMA / PSORIASIS

1. Apa Itu Penyakit Kulit Ekzema:
Eczema atau dermatitis atopik, adalah masalah penyakit kulit atopik yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Ia berlaku disebabkan faktor hipersensitiviti di mana kulit bertindak balas secara keterlaluan terhadap sesuatu faktor alahan dan rangsangan.
Penyakit kulit kategori atopic dermatitis ini selalunya dikaitkan dengan bayi dan boleh berlaku sebelum usia kanak-kanak mencecah 2 tahun.

Penyakit ekzema ini juga terjadi pada orang dewasa dan kebiasaannya disebabkan kegagalan merawat atau mengatasi masalah eczema semenjak masih kanak-kanak lagi.

Punca dan penyebab penyakit kulit ekzema adalah daripada keadaan yang boleh memberi kesan buruk kepada fungsi pertahanan kulit seperti:
  • Faktor genetik 
  • Kekurangan zat makanan
  • Jangkitan bakteria yang membuatkan kulit kering dan gatal-gatal.
  • Kanak-kanak adalah lebih berpeluang atau cenderung untuk mewarisi penyakit kulit ekzema jika ibu bapa mereka juga mempunyai masalah berkaitan penyakit eksim atopik ini.
  • Alahan kepada makanan tertentu terutama makanan laut.

2. Apa Itu Penyakit Kulit Psoriasis:
Psoriasis adalah penyakit kulit autoimun kronik yang menyebabkan berlakunya pengeluaran sel-sel kulit secara berlebihan. Sel-sel mati membentuk tompok putih yang tebal serta bersisik.
Jenis psoriasis yang biasa terjadi terutamanya di Malaysia adalah 'Penyakit Psoriasis Vulgaris'. Juga dikenali sebagai psoriasis pegun kronik ataupun plak pada kulit.

Psoriasis plak ini selalunya muncul pada tempat berlakunya keradangan kulit. Ianya ditutupi kulit bersisik perak-putih dan paling biasa ditemui pada siku dan lutut. Ia juga boleh berlaku di mana-mana sahaja bahagian kulit termasuk kuku, muka, kulit kepala dan leher.

Penyakit psoriasis pada kulit kepala juga semakin banyak terjadi dikalangan orang dewasa. Walaupun nampak seakan-akan kelemumur, ianya berbeza sama sekali. Kulit kepala menjadi lebih kering dan bersisik serta banyak bintik-bintik merah.

Masalah Dan Tanda Ekzema Pada Bayi

Ibubapa kebanyakannya amat peka dan begitu mengambil berat jika ada tanda-tanda menunjukkan masalah ekzema atau psoriasis berlaku pada anak-anak mereka.

Alahan kepada makanan tertentu seperti kacang serta tenusu, faktor-faktor alam sekitar seperti asap dan debunga, bahan pencuci seperti sabun dan shampu juga boleh mencetuskan gejala penyakit kulit ekzema dan psoriasis ini.

Lazimnya semasa peringkat bayi dan kanak-kanak, sistem imunisasi atau pertahanan tubuh masih belum mencapai tahap optima seperti orang dewasa. Kebanyakannya mudah terdedah kepada alahan-alahan tersebut.

Penyakit ekzema pada bayi ini boleh muncul di kesemua tempat pada seluruh bahagian badan bayi. Terdapat 2 tanda yang mudah untuk dikenalpasti antaranya:
  1. Keadaan biasa yang ditunjukkan adalah apabila munculnya tompok kering kemerahan dan seperti bersisik yang terdapat pada kulit.Tompok-tompok ini akan menyebabkan keradangan dan kegatalan disekitarnya. Keadaan akan menjadi lebih buruk dan kronik sekiranya tompokan tersebut semakin menebal serta kering dan bersisik. 
  2. Ekzema bayi selalunya dikaitkan dengan ruam yang pada awalnya keluar pada bahagian-bahagian tertentu tubuh terutama di kulit kepala dan pipi. Ruam ini boleh menyebabkan kegatalan yang melampau serta merebak ke bahagian lain seperti leher, pergelangan tangan, siku. lutut, kaki, punggung atau keseluruh bahagian badan termasuk sekitar mata. Ruam-ruam ini biasanya akan menggelembung sebelum keluar cecair jika dibiarkan tanpa rawatan yang khusus seterusnya boleh menyebabkan kepada masalah jangkitan kulit yang lebih serius.
GAMBAR: CONTOH EKZEMA PADA PIPI BAYI
Secara umumnya terdapat beberapa rawatan biasa dan spesifik untuk mengubati serta merawat penyakit kulit samada psoriasis atau ekzema bayi ini.

Seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakan ubat-ubatannya adalah hampir sama dari segi kegunaannya cuma yang berbeza adalah jenis ubat dan juga dosagenya sahaja.

Terdapat 5 Cara Merawat Ekzema dan Psoriasis dengan lebih berkesan jika dilakukan secara konsisten dan teratur.

Kaedah dan cara-cara ini dapat membantu mengurangi serta mengelakkan kedua-dua penyakit kulit ekzema serta psoriasis ini daripada menjadi lebih kronik, antaranya:

#1. Krim atau losyen sapuan

Selain antibiotik, kaedah rawatan yang baisa dan popular tetapi hanya pada peringkat awal apabila munculnya tanda-tanda penyakit kulit tersebut seperti ruam-ruam pada bahagian tertentu.

Pastikan krim atau losyen tersebut sesuai serta tidak berlaku alahan lain pula kepada bayi atau menjadikan situasi lebih buruk.

#2. Ubatan Steroid

Dalam sesetengah keadaan atau kes-kes tertentu, doktor akan memberikan ubat-ubatan samada dalam bentuk losyen sapuan, suntikan atau pil yang mengandungi steroid mengikut dos yang perlu.

Krim kortikosteroid topikal dan salap adalah sejenis ubat anti-radang untuk melegakan gejala utama ekzema seperti keradangan kulit dan gatal.

Jika tidak berkesan, kortikosteroid sistemik boleh digunakan sama ada disuntik atau dimakan tetapi biasanya hanya digunakan untuk jangka masa yang singkat serta mengikut keperluannnya sahaja.

#3. Ujian patch serta diagnostik

Kaedah rawatan ekzema dan psoriasis peringkat ketiga jika penyakit kulit tersebut semakin buruk atau menunjukkan simpton-simpton yang semakin berlarutan pada kulit bayi anda.

Bayi tersebut perlulah dirujuk kepada doktor pakar kulit untuk melakukan ujian saringan tersebut bagi menentukan punca sebenar serta tahap keseriusan masalah kulit tersebut.

Seterusnya rawatan susulan akan dilakukan serta dipantau oleh doktor pakar tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian lebih buruk berlaku.

#4. Rawatan laser dan fototerapi

Kaedah rawatan moden yang semakin popular serta sering digunakan untuk kes-kes tertentu mengikut nasihat pakar kulit.

Fototerapi boleh dilakukan untuk merawat penyakit kulit ringan dan sederhana serta kronik. Ia melibatkan pendedahan kepada ultraungu A atau B samada bersendirian atau digabungkan kedua-dua sekali.

Keadaan kulit akan sentiaasa dipantau dengan teliti semasa proses rawatan tersebut.

#5. Rawatan Herba Tradisional

Walaupun teknologi perubatan semakin meningkat maju, namun belum terdapat ubat-ubatan yang mampu menyembuhkan penyakit kulit seperti ekzema serta psoriasis.

Ubat atau penawar berasaskan herba tradisional tetap menjadi pilihan alternatif ibubapa untuk merawat penyakit kronik ini.

Malah terdapat ubat farmasi yang menggabungkan beberapa herba tradisional yang dipercayai berkhasiat untuk rawatan masalah kulit samada dalam bentuk pil atau krim sapuan.

Bedak Asmak: Merawat Ekzema Dan Psoriasis Bayi Secara Semulajadi

Bedak Asmak adalah khusus untuk merawat penyakit kulit berkaitan ekzema dan psoriasis cara tradisional terutama ruam-ruam pada bayi, kudis buta, kurap, kayap, gatal2, cacar air, jerawat dan lain-lain masalah.

Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi iaitu tanah liat putih berkualiti tinggi.



Bedak Asma' unik ini kaya dengan mineral, tanpa bahan kimia serta paling menarik, ianya boleh dimakan untuk sakit perut.

Bedak Asmak amat disyorkan kepada ibubapa yang sedang mencari cara untuk mengubati ekzema pada bayi mereka. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai eczema semenjak masih kecil lagi, perlukan rawatan segera supaya masalah penyakit kulit ini tidak menjadi lebih buruk apabila dewasa.

Dihasilkan dari tanah liat putih kaolin yang berkualiti tinggi dan terbaik di dunia. Tiada campuran bahan kimia – 100% semulajadi. Diproses dan dimurnikan sehingga ianya selamat dimakan.

Ciri istimewa tentang bedak asmak ini adalah ia diperbuat dari tanah liat putih terbaik dan berkualiti tinggi. Bedak asmak ni bukanlah seperti bedak talkum, tetapi ia merupakan lumpur yang berwarna putih. Jika disapukan pada kulit amat sejuk sekali rasanya.
Sila rujuk testimoni Bedak Asmak penawar ekzema di sini: Testimoni



Jika anda berminat untuk mencuba atau menjadi agen, sila rujuk info di bawah atau hubungi terus  :

Hotline HQ : 019 - 970 8897

Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Instagram : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

Facebook Page Produk :

Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/bedakasma

Penawar Ekzema Mujarab Terkini
https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema

Album Testimonial Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi:
https://www.facebook.com/1591204454498940/photos/?tab=album&album_id=1752651998354184

Info Bedak Asmak juga boleh didapati di facebook page :

Penawar Asma Mujarab:
https://www.facebook.com/penawarasma/

Minyak Herba Asmak HQ:
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/

Mutakhir

Kesimpulannya, adapun secara dasarnya penyakit kulit kronik seperti ekzema dan psoriasis pada kanak-kanak dan bayi dikatakan tidak boleh diubati sepenuhnya, tetapi perlu ada satu kaedah dan cara rawatan tertentu serta berkesan.

Ekzema atau psoriasis merupakan penyakit kulit yang sangat kritikal kerana amat sukar untuk disembuhkan serta kesannya boleh berlanjutan keperingkat kanak-kanak malah ada juga berlarutan hingga dewasa.

Bagaimana pun melalui kaedah kawalan dan cara rawatan susulan yang berkesan mampu memulihkan penyakit kulit ini daripada menjadi lebih serius sebelum kanak-kanak meningkat remaja.

Kedua-dua penyakit ini boleh berulang semula selepas kawasan kulit telah sembuh, Maka adalah penting untuk memastikan semua punca, tanda dan gejala penyakit kulit kronik ini sentiasa terkawal.